Pages

Jan 28, 2018

Review: Breena Beauty Velvetcreme Matte Liquid Lipstick



Assalamualaikum, hai Beauties !

Harini Kekna akan share review produk yang pertama dalam blog Kekna. Excited tak? Jom baca!

Pernah dengar brand Breena Beauty? Kalau nak tahu founder kepada Breena Beauty adalah salah seorang blogger yang famous di Malaysia. Kekna memang selalu follow up blog beliau, Sabrina Tajudin sebab content dalam blog beliau memang best.


Antara produk yang beliau hasilkan adalah Breena Beauty Velvetcreme Matte Liquid Lipstick. Harga lipstick ni tak adalah terlalu mahal, beli dekat website Hermo dengan harga RM 39.00 sahaja tak termasuk postage. Warna pun semua cantik-cantik sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.

Sebelum teruskan dengan topik kita ni Kekna nak beritahu yang logo Breena Beauty pada botol dah hilang sebab Kekna dah beli lama lipstick ni. Sorry guys! Tapi ini yang authentic tau, bukan fake. Packaging asal sama dengan yang dijual. Kekna memang takkan beli produk fake sebab takut ada bahan kimia berbahaya yang memudaratkan. 

Jadi ni adalah hasil BEFORE & AFTER pakai lipstick matte Breena Beauty shade COURAGE dan PEACH CAKE.


Tekstur lipstick matte ni creamy, tak rasa berminyak dan tak cair. Rasa ringan bila sapu dekat bibir dan pigmented. Sebelum pakai lipstick Kekna rekemen pakai lipbalm dulu sebab ada rasa dry sikit lepas lipstick dah kering dekat bibir. Lagi satu bila lepas minum berkali-kali atau makan makanan berminyak warna dekat bibir bahagian tengah hilang, so nampak macam kita lukis bibir pakai lipliner je. Jadi Kekna kena touch up balik. Tapi if tak makan makanan berminyak or minum memang long-lasting. Overall kualiti memang puas hati.

Rate: 4/5

TERIMA KASIH SUDI BACA.
Jangan lupa Share :)



No comments:

Post a Comment

Comment sini! :D