Pages

Jan 22, 2018

Petua Nenek: Hilangkan Jerawat (Part 2)


10. TEPUNG BERAS & LIMAU NIPIS
Campur perahan air limau nipis dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapu pada wajah. Biarkan seketika dan bilas dengan air.



11. KENTANG
Ambil sebiji kentang dan hiris nipis-nipis untuk ditampal pada wajah hingga kentang itu bertukar warna. Ulangi selalu untuk kesan yang lebih baik.



12. DAUN SIRIH & BERAS
Tumbuk beberapa helai daun sirih dan beras hingga lumat. Campur sedikit air sejuk. Sapu pada wajah sebelum tidur.



13. SENGKUANG
Parut sengkuang kemudian tapis. Biar patinya mendap. Ambil patinya dan sapu pada wajah. Lakukan setiap malam sebelum tidur.



14. BELERANG & AIR MAWAR
Campur belerang dan air mawar. Kemudian gaulkan sehingga sebati dan sapu pada tempat yang ditumbuhi jerawat. Amalkan selalu.



15. DAUN TEH
Ambil sebungkus kecil daun teh untuk dimasak bersama air hingga mendidih. Selepas itu, panaskan wajah dengan wap air teh tadi. Lakukan selalu.



16. BERAS
Hilangkan jerawat batu dengan mengambil sedikit beras yang ditumbuk halus dan campur dengan sedikit air. Gnakan ketika hendak tidur sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.



17. TEPUNG SAGU & BEDAK SEJUK
Ambil sedikit tepung sagu dan campurkan dengan bedak sejuk yang dibancuh dengan air suam. Sapukan pada wajah dan lakukan pada setiap malam apabila masuk tidur.



18. DAUN CEKUR
Sediakan daun cekur kira-kira sebesar ibu jari. Kemudian giling hingga lumat. Sapu campuran ini pada wajah dan biar selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.



SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Post a Comment

Comment sini! :D